Sunday, October 25, 2009

Bagaimana Menggadai Emas di Ar Rahn

Pajak Gadai bermaksud memajak/meletakkan sejumlah emas fizikal sebagai sandaran bagi mendapatkan sejumlah pinjaman wang yang dipersetujui atas nilai marhum dengan kadar upah simpan tertentu.

betul ke? begitu la lebih kurangnya kot.

Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.

Cerita bab pajak, saya biasa pajak emas di Ar Rahn milik Koperasi Kementerian Pertanian atau ringkasnya KOTANI di Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan.

Di sana, kadar upah simpan bagi gold bar dan dinar emas adalah 85 sen atau 0.85 bagi setiap RM 100 Nilai Marhum.

Macamana nak kira ?

Nilai Marhum/100 X kadar upah simpan X tempoh gadaian

Contoh:
Saya telah ke Ar Rahn untuk memajak 1 keping 20g PG, Harga gadaian semasa adalah RM 135.00 bagi emas 999.

Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.

Nilai Marhum :20g x 135.00 = RM 2,700.00

Bagaimana nak dapatkan upah simpan bagi tempoh sebulan?

Upah Simpan : Nilai Marhum/100 x kadar upah simpan x tempoh gadaian

Upah Simpan : RM2,700/100 x 0.85 x 1= RM 22.95

Nilai pinjaman = Nilai Marhum x 65%
Nilai Pinjaman = RM 2,700 x 0.65 = RM 1,755

So, selepas kiraan ni, kita setuju nak pajak, maka kita akan diberi pula pinjaman sejumlah RM 1,755.

Kos lain yang terlibat adalah Kos Surat pajak = RM 1.00

Masa nak tebus, surat pajak hilang. Untuk cetak semula, dikenakan denda surat pajak hilang = RM 20.00

 Maka selepas tu kita balik dengan RM 1,755 dan pegi lah beli dinar pula 3 keping.

Tempoh gadaian adalah 6 + 2 + 2. Maknanya selepas 6 bulan pertama, boleh bawa surat pajak ke Ar Rahn dan sambung lagi 2 bulan. Selepas 2 bulan hampir tamat, boleh sambung lagi 2 bulan. Selepas 2 bulan kedua ni tamat, kalau masih nak pajak, kena tukar surat atau tebus dan gadai semula. Masa ni cuma perlu bayar upah simpan untuk 9 bulan.

Kalau nak tebus selepas 3 bulan : Kita cuma perlu bayar balik pinjaman RM 1,755 tadi dengan upah simpan selama 3 bulan iaitu RM22.95 x 3 = RM 68.85.

Kiraan di atas adalah untuk gadaian di Ar Rahn Kotani. bagi Ar Rahn Agro Bank atau Bank Rakyat, cara kiraannya sama, yang berbeza cuma kadar upah simpan sahaja yang ditetapkan oleh agensi masing-masing.  harga emas pula mengikut harga gadaian emas harian seperti http://www.fgjam.org.my/

Di Ar Rahn ini, Kadar Upah Simpan bagi barang kemas 916 adalah mengikut Nilai Marhum seperti di bawah:
  • Nilai marhum RM 500 - 0.60
  • Nilai Marhum RM 501 - RM 2,000 - 0.80
  • Nilai marhum RM 2,001 - RM 10,000 - 0.95
 hanya bagi gold bar,syiling emas dan dinar (walaupun 916) kadar upahnya tetap pada 0.85

harap dapat membantu anda memahami cara memajak emas di Ar Rahn.

Friday, October 23, 2009

Apa itu Dinar dan Dirham ?

Salam semua,

Tahukah anda, Dinar dan dirham adalah mata wang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Apakah itu Dinar ?
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975
gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

1 dinar = 4.25g x 7 = 29.75g
10 dirham = 29.75g / 10 = 2.975g

Jadi unit ukurannya adalah :
1 dinar = 4.25g
1 dirham = 2.975g

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

1 Dinar di zaman itu boleh beli seekor kambing, begitu jugalah sekarang.


Saya adalah agen Public Fine Gold International, pembuat gold bullion dengan jenama Public Gold dan Dinar Emas dengan jenama Public Dinar.Tahukah anda, di Malaysia terdapat 2 dinar dalam pasaran iaitu Dinar Kelantan dan Public Dinar.

Public Dinar menawarkan harga yang kompetitif bagi pembelian dinar.
Dinar Kelantan boleh dibeli melalui pusat Ar Rahn di seluruh Kelantan dan cawangan di KL.

Public Dinar pula dibeli melalui agen-agen. Rujuk www.publicdinar.com

Perbandingan Harga Dinar selama 7 hari :

Last updated 05/10/09 8:50 PM:

1 dinar - RM 502.00
5 dinar - RM 2499.00
10 dinar - RM 4976.00

Last updated 12/10/09 11:05 PM :

1 dinar RM 524.00
5 dinar RM 2608.00
10 dinar RM 5192.00

Bayangkan dalam masa 7 hari kenaikan harga bagi:
1 dinar = RM 22,
5 dinar = RM 109
10 dinar = RM 216

Perbandingan di atas tidak mengambilkira spread atas andaian kita beli emas untuk disimpan dalam jangka masa panjang bukan untuk dijual semula. Emas fizikal tidak sesuai untuk diurusniaga jual beli dalam jangka pendek. Harus diingat, jika dinar emas adalah sebagai mata wang, ia tidak boleh diniagakan seperti mana mata wang fiat diniagakan.

Minat ? Hubungi saya di 019-666 3402

edited 24 Okt 2009 - teks berwarna biru

Monday, October 19, 2009

Lock In Harga Emas

'lock-in' Harga

Ialah proses akad jual beli antara pembeli dan agen. Akad akan mengambil harga semasa emas ketika itu.

Jika dipersetujui, maka proses jual beli akan dilakukan dengan kaedah pembayaran secara tangguh sama ada melalui bank-in atau tunai. Walaupun pembayaran dilakukan secara tangguh selepas akad dipersetujui, harga masih kekal seperti semasa proses akad dilakukan. Sebarang perubahan harga emas semasa sama ada naik atau turun selepas proses akad tidak akan dikira.

Contoh:

1. Harga Naik

Harga semasa akad: RM 2,500
Selepas akad: RM 2,550
Bayaran: RM 2,500


2. Harga Turun

Harga semasa akad: RM 2,500
Selepas akad: RM 2,450
Bayaran: RM 2,500

Harga akan mengikut akad yang telah dipersetujui.

(Artikel asal dari putremas) - figure telah diubahsuai...

satu lagi, bagi beginners, ramai yang tak tahu nak amik kira harga mana kan?

Harga We Sell adalah harga yang dijual oleh Public Gold kepada agen dan juga harga yang dijual oleh agen kepada anda.

Jadi ingat-ingat la kalau mintak diskaun dari agen, harga tu jugak agen belipon. Dalam Islam pon ada kata tak leh mintak diskaun over sangat sampai menekan penjual. Minta diskaun berpada-pada la kan.

Komisen agen 1.5% tu nak cover kos operasi agen seperti duit minyak, tol, hp lagi masa pi amik emas dari Public Gold dan sehingga bertukar ke tangan pelanggan. Cuba kira 1 dinar tu RM 523 berapa komisen agen? RM7.85 sen je kan?

Ada tu mintak diskaun, nak RM 500 jek. Agen belipon tak dapat RM 500... Bagi agen yang penah beli stok 1 dinar paling rendah dalam september RM 495 - RM 505, rasanya stok ni dah tak de kat tangan depa dah...dah lama terjual...1 dinar ni kira paling hot di pasaran lah.

Harga We Buy pula adalah harga anda jual semula kepada agen atau harga agen beli kembali dari pelanggan. sama la tuh...ni biasanya orang jual bila dah ada sikit untung la...kalau nak pakai duit, gadai je la, kalau jual sayang wehh...

Oleh itu sesiapa yang nak lock harga ngan saya cepat-cepat sms/email/call saya at 019 666 3402.

Sampai jumpa lagi...

"Beli dan simpan emas untuk melindungi kekayaan dan pendapatan anda"

Tuesday, October 13, 2009

Kelas Pelaburan Emas Bersama Sifu Shukor Jutawanemas dan Pokli

Salam,

Asalnya saya ingat nak arrange kelas pelaburan emas dengan pokli di Putrajaya, since branch Public Fine Gold dah beroperasi di Mentari Busines Center maka kelas akan diadakan di sana. Jadi kelas di Putrajaya hanya akan dibuat sekiranya perlu dari semasa ke semasa.

Anda semua yang ingin mengetahui rahsia menjana kekayaan dengan pelaburan emas dijemput datang ke kelas esok malam. Kelas akan diadakan di :

Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,

Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Pada : 14 Oktober 2009

Masa : 8 - 10 malam.



Jom datang beramai-ramai...pada yang dah baca ebook tapi tak faham-faham tu datanglah dan tanya apa yang tidak difahami.

Monday, October 12, 2009

Rahsia Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN!!

Salam,

Tahukah anda kenapa orang semakin berminat menjadi pelabur emas ?? Kalau mereka tidak nampak hasilnya adakah mereka tetap juga melabur ??

Anda juga mahu menjadi seperti mereka, bukan ?

Tetapi anda tidak ada ilmu emas ?? Boleh belajar...
Anda tidak tahu caranya ? Boleh belajar....
Tidak ada orang berjaya yang boleh dirujuk? Jadi mentor atau sifu anda ?
Jawapannya ada di sini...http://www.rahsiaemas.com

Buatlah pilihan anda hari ini. Takkan anda nak lihat saja orang lain semakin kaya dan berjaya ?

Hidup ini adalah pilihan ...buatlah pilihan anda sekarang !!!

It's NOW or NEVER !!

Ingatlah !!! FAST SPEED = FAST RESULT


Tahukah anda bahawa bagaimana ramai tokey-tokey kedai emas/pajak gadai boleh kaya?

Adakah mereka tu ada bisnes lain seperti restoran, kedai runcit, kilang ataupun lain-lain. Kalau tiada, bagaimana mereka boleh KAYA? Pelik juga kan.

Yang sebenarnya, kekayaan mereka hanya datang dari satu sumber iaitu EMAS. Ya, dengan EMAS. Dengan bergantung pada emas saja, mereka mampu menjadi kaya raya sehinggakan ramai yang jadi JUTAWAN.

Kita pula bagaimana? Adakah kita juga perlu buka kedai emas untuk menjadi kaya seperti mereka?

Adakah kita mampu menyediakan modal yang amat besar untuk membuka kedai emas?

Jawabnya : Ya, sudah pasti!

Sebenarnya, tanpa membuka kedai emas, kita mampu untuk menjana kekayaan dengan emas. Memang benar apa yang saya sampaikan, cuma anda ragu-ragu dengannya, bukan?

Terdapat banyak cara untuk menjana kekayaan dengan emas. Anda boleh memulakan pelaburan sendiri ataupun melalui orang tengah. Adalah disyorkan anda melabur melalui diri anda sendiri tanpa melibatkan orang tengah supaya keuntungan yang anda bakal perolehi lebih lumayan dan tiada risiko ditipu oleh orang tengah.

Anda tidak tahu bagaimana untuk melabur emas? Jangan risau. Baru - baru ini, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Panduan dalam bentuk ebook ini akan mengajar anda bagaimana melabur dengan emas. Yang pasti, walaupun anda tidak belajar tinggi sekalipun, anda mampu untuk mengikuti panduan pelaburan emas ini.

Dengan itu Ebook Emas-Emas Yang Hilang - Rahsia menjana kekayaan dengan emas dibongkarkan!! ini telah diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat kita untuk menceburi bidang pelaburan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus saja ke laman web tersebut.
http://www.rahsiaemas.com

Pelaburan untuk ilmu akan membuahkan hasil yang lebih besar manfaatnya..hanya yang ada ilmu, ada sistem dan ada mentor akan berjaya di samping usaha, istiqomah, doa dan tawakkal kepadaNYA.

Saya telah buat pilihan saya...Saya sedang memetik hasil yang lumayan kerana telah mengikut jejak langkah jutawan emas...anda bila lagi ???

Sekian, selama mencuba...

Thursday, October 8, 2009

Kejatuhan Mata Wang Dinar Iraq Semasa Serangan US ! Adakah Dinar Iraq itu Dinar Emas?

Dinar Emas vs Dinar Iraq

Sebelum ini, beberapa kali semasa perincangan bersama kawan-kawan berkenaan kelebihan Dinar Emas berbanding wang fiat, saya seringkali memberi contoh :

1. Kejatuhan wang fiat Zimbabwe sehingga sekarang, serta
2. Kejatuhan mata wang Iraq semasa Amerika menyerangnya di zaman pemerintahan Saddam Hussain

Siang tadi, saya ditanyakan oleh seorang saudara. Katanya bukankah mata wang Iraq adalah Dinar Iraq ? Bukankah itu menunjukkan mata wang Dinar juga boleh jatuh nilainya apabila dilanda bencana perang dan seumpamanya?

Jawapannya:

Memang betul Dinar Iraq adalah mata wang bagi negara Iraq. Dinar Iraq adalah wang kertas atau wang fiat, namanya sahaja Dinar tetapi ia bukanlah Dinar Islam atau Dinar Emas. Jadi, sebab itulah Dinar Iraq tidak bernilai langsung semasa perang kerana ia adalah wang fiat.

Lagipun, amatlah mustahil hanya 1 negara sahaja di dunia ini menggunakan dinar emas kerana wang adalah unit perantara untuk perdagangan, jadi bagaimana negara nak berdagang dengan negara lain jika medium pertukaran tidak sama?

Itulah cabaran umat Islam hari ini, kita perlu bersatu untuk melaksanakan dinar di antara negara-negara Islam dahulu sekurang-kurangnya seperti diilhamkan Tun Mahathir semasa persidangan OIC di Kuala Lumpur ketika beliau masih PM Malaysia.

Wang emas dan perak yang dikenal dengan Dinar dan Dirham juga digunakan sejak awal Islam baik untuk kegiatan muamalah mahupun ibadah seperti zakat dan *diyat sampai berakhirnya zaman Khalifah Usmaniah Turki tahun 1924. Selepas itu, dunia beralih ke Barat dan dimomokkan dengan kelebihan wang fiat yang hanya sehelai kertas yang diberi nilai tertentu dicetak padanya.

Dinar dan Dirham memang sudah ada sejak sebelum Islam lahir, kerana Dinar (Dinarium) sudah dipakai di Romawi sebelumnya dan Dirham sudah dipakai di Persia. Kita ketahui bahwa apa-apa yang ada sebelum Islam namun setelah turunnya Islam tidak dilarang atau bahkan juga digunakan oleh Rasulullah SAW. Maka hal itu menjadi ketetapan (Taqrir) Rasulullah SAW yang bererti menjadi sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri, Dinar dan Dirham masuk kategori ini.


* Diyat adalah hukuman Diyat iaitu harta yang wajib dibayar dan diberi oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

2. Hukum Diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya di dalam Quran dan Hadis sebagai ganti rugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:-

a) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja/dengan niat.

b) Pembunuhan yang tidak sengaja/tanpa niat.

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh.

Firman Allah Taala:-

Maka sesiapa(pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaanya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yag baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.

sumber : Himpunan Kertas Kerja Seminar Dinar Antarabangsa 2009 - Sedinar 09

Thursday, October 1, 2009

Logam Besi Yang Ditinggal Arwah Ibu Bapa Rupanya Emas !! Wow

Wow !! Hari ini saya nak share cerita penemuan logam besi dalam almari buruk adalah emas yang tak ternilai harganya.....sebelum ulas apa-apa ikuti kisah yang dipetik dari http://www.nurdinar.com ini.

KISAH NYATA DARI SESEORANG DI CIREBON

Ayah dan Ibu saya adalah pedagang kelontong dan 9 bahan pokok, th 1982 Ayah saya meninggal dunia dan th 1985 ibu saya menyusul / meninggal dunia pula, ketika ibu meninggal dunia saya berumur 2 tahun, saya adalah anak laki-laki satu-satunya. nama saya Udin. Ketika saya dewasa umur 22 tahun / 20 tahun kemudian, tepatnya tahun 2005 saya bermaksud merehab rumah peninggalan dari orang tua saya, saya kaget karena dibelakang lemari tua, saya menemukan uang logam rupiah seluruhnya berjumlah Rp 4.000.000 yang ditempatkan di 4 kaleng susu yang sudah karatan. Ketika saya mengikuti ceramah tentang Mata Uang Islam Dinar & Dirham saya memperoleh pengetahuan bahwa jika th 1985 uang Rp 4 juta oleh ibu saya dibelikan emas yg pada waktu itu harga pergramnya Rp 4.000. maka ibu saya meninggalkan emas untuk saya 1000 gram / 235 keping dinar. Artinya sayapun baru menyadari bahwa seandainya uang peninggalan dari ibu itu berupa uang yg bahan dasarnya emas seperti Dinar maka di th 2005 nilainya telah menjadi Rp 200.000.000. karena harga emas pergram th 2005 Rp. 200.000 Saudara saya mengkisahkan Th 1985 dg uang Rp. 4.000.000,- bisa membangun rumah besar dengan menghabiskan semennya saja 200 zak semen gresik.

Sekian kisah benar dari negara jiran Indonesia.
Dari kisah ini apa yang kita pelajari? Betapa dinar dan dirham itu kalis inflasi kan? 

Ringkasan:
Tahun 1985      : Harga 1g dinar = Rp 4.000
Tinggalan Dinar : 1000g
Nilai Semasa     : 1000g X Rp 4.000 = Rp 4.000.000

Berapa nilai Dinar Emas tersebut pada Tahun 2005 ?

Tahun 2005      : Harga 1g dinar = Rp 200.000
Nilai Semasa     : 1000g X Rp 200.000 = Rp 200.000.000

Kalau diconvert ke RM berapa? Kalau Malysia ada data macam ni best la compare. In tak praktikal sebenarnya kalau convert ke RM sbb melibatkan pertukaran mata wang...tambahan dalam ekonomi sekarang, semua nilai mata wang jatuh. Masa Jun 2009 dulu RM 1 = Rp 2900, skang RM1 = Rp3100..tak sesuai la kita nak kira nilai pusaka wang dinar yang dalam rupiah tu tadi..unless kita tau harga segram pada tahun 2005 berapa RM...baru best laa....sapa ada rekod beli emas 916 tahun 1985 ?

RM 1 = Rp 3100 (sumber rujukan, bibik. katanya kawan dia baru kirim wang RM 1000 dapat Rp 3.100.000

so Rp 4.000.000 = RM 1,290.32
    Rp 200.000.000 = RM 64,516.13

selepas 20 tahun, kenaikannya ??? lumayaaannnnn sekali !!!!!!!

Mari kita kira ikut harga emas sekarang pulak dengan duit kita.....

Harga dinar emas sekarang katakan adalah RM 116

1000g X RM 116 = RM 116,000

Harga dinar yang diambil adalah purata antara Harga Dinar Kelantan bagi 1 Dinar RM 488/ 4.25 = RM 114.80 per gram DAN harga Public Dinar bagi 1 Dinar RM 500/4.25 = RM 117.64 per gram.

Kita buat andaian harga emas pada tahun 1985 adalah RM 75 per gram, maka nilai asalnya adalah 1000g X RM 75 = RM 75,000

Dari RM 75,000 menjadi RM 116,000 dalam masa 20 tahun ???? Best tuh...apa nak bagi

eemm..sangat menarik simpan wang dinar bukan ????? So marilah simpan dinar emas ramai-ramai....

Caranya :
1. Teliti Harga Public Dinar,
2. Sms/Call saya di 019-666 3402 untuk lock harga,
3. Berjumpa untuk delivery
4. Akad jual beli.

Awas !!! Urusniaga dinar tidak sesuai bagi yang mengharapkan pulangan cepat ala ala skim cepat kaya secara harian, mingguan atau bulanan mahupun tahunan....untuk jangka panjang memang berbaloi....

Cepat...cepat..cepat...untuk permulaan...tukar duit raya kepada dinar emas ..............kalau tidak hari ini ? bila lagi ? It's NOW o NEVER !!!!

AC? Bersama Public Gold




Big Bos Public Fine Gold Mr Branson bersama assayer Abdul Syukor Anuar muncul di rancangan AC? pada 21 Ogos 2009. Memang sempoi....lepas ni keluar Melodi lak kot...tungguuuuu