Sunday, November 1, 2009

Rahsia Kekayaan dan Kejayaan

Salam semua,

Hari ni saya nak share sedikit berkenaan apa rahsia untuk kita berjaya dalam perniagaan atau pekerjaan? Kalau kita dah kaya, macamana nak maintain kekayaan kita atau nak tambah lagi kekayaan kita ?

jeng jeng jeng....rahsia nya adalah :

Syarat utama bisnes mestilah yang halal, tidak melibatkan riba dan unsur-unsur yang diragui. selain itu, resepi lain adalah :

1. Usaha dan istiqomah

2. Berbuat baik kepada ibu bapa/mertua/suami/isteri dan ada restu pasangan masing-masing atas bisnes anda. Ingatlah doa ibu paling mustajab. Restu ibu dan pasangan membawa berkat dalam kehidupan - perniagaan dan kerjaya.

3.  Sedekah kepada orang yang memerlukan seperti masjid/surau/anak yatim/golongan fakir miskin etc.

4. Zakat - zakat pendapatan dan harta mesti dibayar apabila cukup haul dan nisab.

5. Amalkan zikir dan selawat untuk diri sendiri dan keluarga setiap masa/hari. Contohnya: al-fatihah, ayat 1000 dinar, selawat dan sebagainya

6.  Simpan emas dalam beg duit sebagai ibu emas. 1 dinar atau 20g ? Sedarkah kita semua benda ada getaran frekuensinya sendiri ? Pernahkah anda marah-marah kereta anda atau bercakap 'di depan'  kereta anda yang anda nak jualnya? Lepas itu kereta anda terus meragam rosak sana sini ? Besipon ada frekuensi dan bertindak balas seolah-olah merajuk dengan tindakan anda itu. Begitu juga dengan emas. Emas mempunyai magnet tarikan yang kuat dan boleh menarik wang dan emas menghampiri kita. Dengan sedikit usaha, doa dan tawakal kepada Allah, insyaallah emas akan bertindak sebagai magnet tarikan wang yg akan bawa wang masuk dengan mudah. itupun setelah berusaha dan dengan izin Allah jua ia berlaku. Jangan pula mengharap wang masuk dengan hanya duduk goyang kaki tanpa berbuat apa-apa. Kalau anda buat bisnes, insyaallah bisnes anda kencang. Emas yang disimpan ini tidak ada bacaan tertentu atau mengikut mana-mana amalan khurafat.

 7. Seterusnya kena check potensi diri kita, adakah kita jenis buat bisnes cepat naik cepat juga jatuh ? ataupun jenis modal keluar je..untungnya tidak, lama-lama modal tak tau ke mana, untungpon tak nampak. jenis boleh buat bisnes sendiri atau kena ada partner ? Senang percaya orang? Mudah kesian? Senang dan selalu kena tipu? Kita ada tak pola pelaburan 336 dan 696 ?...kalau tak de apa harus kita buat. macamana nak elak kebocoran wang berlaku...kena ada strategi lah.

Saya dalam perancangan menganjurkan satu kursus berkongsi rahsia ingin berjaya dalam bisnes. Jika berminat boleh emel, sms atau ym saya untuk booking.

Salam kejayaan

3 comments:

khairulnizam said...

salam
he he...menarik minat la artikel nurul nih....hik hik...petua no 2 dan 6 tu memang betuuuul ampuh. Saya memang praktikkan. Memang emas ni ada aura dan tarikan tersendiri, bila saya keluarkan emas utk di "show" pada customer, diaorang semua wow..terpegun dengan emas tu, terpegun dalam tertarik ke emas. So senang la nak close sales klu mrk cam dah kena psikik dengan aura emas nih.

Nurul, saya nak join kursus nih, nak tahu potensi diri saya camner....bile dan ada apa2 syarat kenak join?

Nurul Ismail said...

tq en nizam. saya just share apa yang saya tahu dan pernah pelajari. Harap dapat dimanfaatkan semua pembaca. insyaallah.

syarat nak join : tak de. cuma maybe dikenakan sedikit bayaran mungkin.

Bila ? Belum tahu lagi...dalam Nov ni lah, Hari sabtu atau Ahad for sure.

jutawanduniaemas said...

Salam,

Memang menarik artikel nie. Insya-Allah saya berminat gak nak join kursus, kalau takde aral melintang, masa dan wang mengizinkan. Mintak masukkan nama dalam senarai.

Post a Comment

AC? Bersama Public Gold




Big Bos Public Fine Gold Mr Branson bersama assayer Abdul Syukor Anuar muncul di rancangan AC? pada 21 Ogos 2009. Memang sempoi....lepas ni keluar Melodi lak kot...tungguuuuu