'lock-in' Harga
Ialah proses akad jual beli antara pembeli dan agen. Akad akan mengambil harga semasa emas ketika itu.
Jika dipersetujui, maka proses jual beli akan dilakukan dengan kaedah pembayaran secara tangguh sama ada melalui bank-in atau tunai. Walaupun pembayaran dilakukan secara tangguh selepas akad dipersetujui, harga masih kekal seperti semasa proses akad dilakukan. Sebarang perubahan harga emas semasa sama ada naik atau turun selepas proses akad tidak akan dikira.
Contoh:
1. Harga Naik
Harga semasa akad: RM 2,500
Selepas akad: RM 2,550
Bayaran: RM 2,500
2. Harga Turun
Harga semasa akad: RM 2,500
Selepas akad: RM 2,450
Bayaran: RM 2,500
Harga akan mengikut akad yang telah dipersetujui.
(Artikel asal dari putremas) - figure telah diubahsuai...
satu lagi, bagi beginners, ramai yang tak tahu nak amik kira harga mana kan?
Harga We Sell adalah harga yang dijual oleh Public Gold kepada agen dan juga harga yang dijual oleh agen kepada anda.
Jadi ingat-ingat la kalau mintak diskaun dari agen, harga tu jugak agen belipon. Dalam Islam pon ada kata tak leh mintak diskaun over sangat sampai menekan penjual. Minta diskaun berpada-pada la kan.
Komisen agen 1.5% tu nak cover kos operasi agen seperti duit minyak, tol, hp lagi masa pi amik emas dari Public Gold dan sehingga bertukar ke tangan pelanggan. Cuba kira 1 dinar tu RM 523 berapa komisen agen? RM7.85 sen je kan?
Ada tu mintak diskaun, nak RM 500 jek. Agen belipon tak dapat RM 500... Bagi agen yang penah beli stok 1 dinar paling rendah dalam september RM 495 - RM 505, rasanya stok ni dah tak de kat tangan depa dah...dah lama terjual...1 dinar ni kira paling hot di pasaran lah.
Harga We Buy pula adalah harga anda jual semula kepada agen atau harga agen beli kembali dari pelanggan. sama la tuh...ni biasanya orang jual bila dah ada sikit untung la...kalau nak pakai duit, gadai je la, kalau jual sayang wehh...
Oleh itu sesiapa yang nak lock harga ngan saya cepat-cepat sms/email/call saya at 019 666 3402.
Sampai jumpa lagi...
"Beli dan simpan emas untuk melindungi kekayaan dan pendapatan anda"
woohoooooo.....
1 day ago












3 comments:
bagus...tepat ,ringkas dan padat
very informative. cuma berhati hati memilih perkataan. "pajak" dan "gadai" maksud lain-lain kan?
"... kalau nak pakai duit, gadai je la, kalau jual sayang wehh..." ..
rase nye elok pajakkan dulu. bukan gadai. gadai dah same je macam jual. kalo pajak pastu tak dapat nak tebus barulah emas tu tergadai. kan?
tq Akmal.
Now I know the different. I tot same meh..hihi..tq very much.
Post a Comment