Thursday, October 8, 2009

Kejatuhan Mata Wang Dinar Iraq Semasa Serangan US ! Adakah Dinar Iraq itu Dinar Emas?

Dinar Emas vs Dinar Iraq

Sebelum ini, beberapa kali semasa perincangan bersama kawan-kawan berkenaan kelebihan Dinar Emas berbanding wang fiat, saya seringkali memberi contoh :

1. Kejatuhan wang fiat Zimbabwe sehingga sekarang, serta
2. Kejatuhan mata wang Iraq semasa Amerika menyerangnya di zaman pemerintahan Saddam Hussain

Siang tadi, saya ditanyakan oleh seorang saudara. Katanya bukankah mata wang Iraq adalah Dinar Iraq ? Bukankah itu menunjukkan mata wang Dinar juga boleh jatuh nilainya apabila dilanda bencana perang dan seumpamanya?

Jawapannya:

Memang betul Dinar Iraq adalah mata wang bagi negara Iraq. Dinar Iraq adalah wang kertas atau wang fiat, namanya sahaja Dinar tetapi ia bukanlah Dinar Islam atau Dinar Emas. Jadi, sebab itulah Dinar Iraq tidak bernilai langsung semasa perang kerana ia adalah wang fiat.

Lagipun, amatlah mustahil hanya 1 negara sahaja di dunia ini menggunakan dinar emas kerana wang adalah unit perantara untuk perdagangan, jadi bagaimana negara nak berdagang dengan negara lain jika medium pertukaran tidak sama?

Itulah cabaran umat Islam hari ini, kita perlu bersatu untuk melaksanakan dinar di antara negara-negara Islam dahulu sekurang-kurangnya seperti diilhamkan Tun Mahathir semasa persidangan OIC di Kuala Lumpur ketika beliau masih PM Malaysia.

Wang emas dan perak yang dikenal dengan Dinar dan Dirham juga digunakan sejak awal Islam baik untuk kegiatan muamalah mahupun ibadah seperti zakat dan *diyat sampai berakhirnya zaman Khalifah Usmaniah Turki tahun 1924. Selepas itu, dunia beralih ke Barat dan dimomokkan dengan kelebihan wang fiat yang hanya sehelai kertas yang diberi nilai tertentu dicetak padanya.

Dinar dan Dirham memang sudah ada sejak sebelum Islam lahir, kerana Dinar (Dinarium) sudah dipakai di Romawi sebelumnya dan Dirham sudah dipakai di Persia. Kita ketahui bahwa apa-apa yang ada sebelum Islam namun setelah turunnya Islam tidak dilarang atau bahkan juga digunakan oleh Rasulullah SAW. Maka hal itu menjadi ketetapan (Taqrir) Rasulullah SAW yang bererti menjadi sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri, Dinar dan Dirham masuk kategori ini.


* Diyat adalah hukuman Diyat iaitu harta yang wajib dibayar dan diberi oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

2. Hukum Diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya di dalam Quran dan Hadis sebagai ganti rugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:-

a) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja/dengan niat.

b) Pembunuhan yang tidak sengaja/tanpa niat.

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh.

Firman Allah Taala:-

Maka sesiapa(pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaanya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yag baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.

sumber : Himpunan Kertas Kerja Seminar Dinar Antarabangsa 2009 - Sedinar 09

3 comments:

PoKLi said...

perhh....very technical.....saya pun baru belajar dari sifu nurul....
good jobs

cdanhash said...

teman pun nak tumpang belajar dengan cfoo nurul...
memang benar matawang Iraq ialah dinar(fiat money) bukannya dinar emas - real money...

Nurul said...

pokli, just ringkaskan apa yang saya baca dan faham jer....

cdanhash, artikel terbaru u tu sangat best...nanti nak tempek kat blog saya yer...

Post a Comment

AC? Bersama Public Gold




Big Bos Public Fine Gold Mr Branson bersama assayer Abdul Syukor Anuar muncul di rancangan AC? pada 21 Ogos 2009. Memang sempoi....lepas ni keluar Melodi lak kot...tungguuuuu