Friday, October 23, 2009

Apa itu Dinar dan Dirham ?

Salam semua,

Tahukah anda, Dinar dan dirham adalah mata wang Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Apakah itu Dinar ?
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975
gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

1 dinar = 4.25g x 7 = 29.75g
10 dirham = 29.75g / 10 = 2.975g

Jadi unit ukurannya adalah :
1 dinar = 4.25g
1 dirham = 2.975g

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

1 Dinar di zaman itu boleh beli seekor kambing, begitu jugalah sekarang.


Saya adalah agen Public Fine Gold International, pembuat gold bullion dengan jenama Public Gold dan Dinar Emas dengan jenama Public Dinar.Tahukah anda, di Malaysia terdapat 2 dinar dalam pasaran iaitu Dinar Kelantan dan Public Dinar.

Public Dinar menawarkan harga yang kompetitif bagi pembelian dinar.
Dinar Kelantan boleh dibeli melalui pusat Ar Rahn di seluruh Kelantan dan cawangan di KL.

Public Dinar pula dibeli melalui agen-agen. Rujuk www.publicdinar.com

Perbandingan Harga Dinar selama 7 hari :

Last updated 05/10/09 8:50 PM:

1 dinar - RM 502.00
5 dinar - RM 2499.00
10 dinar - RM 4976.00

Last updated 12/10/09 11:05 PM :

1 dinar RM 524.00
5 dinar RM 2608.00
10 dinar RM 5192.00

Bayangkan dalam masa 7 hari kenaikan harga bagi:
1 dinar = RM 22,
5 dinar = RM 109
10 dinar = RM 216

Perbandingan di atas tidak mengambilkira spread atas andaian kita beli emas untuk disimpan dalam jangka masa panjang bukan untuk dijual semula. Emas fizikal tidak sesuai untuk diurusniaga jual beli dalam jangka pendek. Harus diingat, jika dinar emas adalah sebagai mata wang, ia tidak boleh diniagakan seperti mana mata wang fiat diniagakan.

Minat ? Hubungi saya di 019-666 3402

edited 24 Okt 2009 - teks berwarna biru

5 comments:

cdanhash said...

Salam Nurul...
beli 502 - 5/10/09
jual 494 - 23/10/09
belum balik modal lagi....
jangan lupa spread tu....

cdanhash said...

Dinar dan Dirham

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)

1 dinar = 4.25gm x 7 = 29.75gm
10 dirham = 29.75gm / 10 = xxxxgm

kena betulkan balik kot nurul...

Nurul Ismail said...

Saudara cdanhash,

tq sbb komen positif anda.

Sori lah psl perbandingan harga tu saya tak kaitkan dengan spread sebab pada masa saya menulis dan sehingga ke hari ini saya lebih suka mendidik orang bahawa membeli emas fizikal ni lebih untung kalau disimpan dalam jangka masa panjang bukan untuk dijual semula. Kalau untuk dibuat trading jual beli dalam masa singkat 7 hari, sebulan atau 2 blan memang lah belum untung.

Cuma mungkin saya lupa nak quote pasal ni.

Tapi kalau beli, simpan dan kemudian gadai bila perlukan wang atau merempit emas, kita akan rasa lah kenaikannya.

Pengalaman saya sendiri :

17/9/2009 gadai 20g dapat nilai pinjaman RM 1700. (65% dari nilai marhum lah tu)

Pada 18/10/2009 : gadai 20g dapat nilai pinjaman RM 1800 (65% dari nilai Marhum)

Pembeli emas saya tahulah saya memang tak galakkan beli dan jual balik. Kecuali kalau selepas setahun atau 2 tahun tuh terpulang lah. Saya cuma mendidik apa yang saya rasa baik dan apa yang saya buat....saya bukan mengaut keuntungan semata-mata....

Nurul Ismail said...

Saudara cdanhash,

komen kedua anda tidak berapa saya fahami sebenarnya.maafkan saya, lembap skit nih huhu

Tetapi mungkin anda meminta saya detailkan lagi berkenaan ‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)
Betul ke ?

Tetapi tuan berkata "kena betulkan balik kot nurul..." merujuk kepada saya ada bagi maklumat salah. Saya cuba mencari di mana maklumat yang salah tapi belum nampak lagi la..

Jika betul seperti andaian saya kena detailkan perkiraan macam saudara komen tuh, pahamlah saya. Jika ada yang salah, minta jelaskan lagi. Maklum la saya pon budak baru belajar....

terima kasih atas maklum balas tuan...saya sangat menghargainya...

Nurul Ismail said...

Bandingkan harga 5/10 dan 23/10 : hanya 18 hari

525 -502 = 23

RM 23 kenaikan harga dalam masa 18 hari bagi yang beli pada 5/10 ari tu lah.


Harga Public Dinar
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 525.00 RM 494.00
5 dinar RM 2612.00 RM 2468.00
10 dinar RM 5201.00 RM 4941.00
Last updated 23/10/09 10:10 PM

Post a Comment

AC? Bersama Public Gold




Big Bos Public Fine Gold Mr Branson bersama assayer Abdul Syukor Anuar muncul di rancangan AC? pada 21 Ogos 2009. Memang sempoi....lepas ni keluar Melodi lak kot...tungguuuuu